Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication Pada 6/8/2015


Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication Ujang berhasrat mengukuhkan jenama Gila-Gila dalam kalangan penggemar kartun dan majalah lawak di Malaysia. -

KUALA LUMPUR: Susulan penutupan operasi syarikat penerbitan MOY Publication pada Rabu, kartunis Ujang memberitahu dia punya perancangan tersendiri untuk merancakkan semula industri majalah humor tanah air agar tidak terus berkubur.
Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication
 Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, memberitahu Astro AWANI, dia kini sedang dalam perancangan untuk bergabung dengan beberapa kartunis terkenal demi memastikan legasi majalah humor terbitan syarikat tersebut diteruskan.

 FB Ujang Ujang bersama Jaafar Taib, peneraju Creative Enterprise Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit majalah Gila-Gila. -Foto Facebook Ujang Kata Ujang, mereka akan menggunakan platform majalah Gila-Gila untuk terus aktif berkarya.

 "Gila-Gila akan menjadi platform untuk kartunis terus berkarya dan kami akan menjadikan ini sebagai satu landasan untuk mengukuhkan lagi jenama Gila-Gila," katanya.

 Berhubung isu hak cipta dan paten majalah itu, Ujang berkata dia perlu berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu untuk mengetahui status isu berkenaan.

 MOY Publication ialah antara syarikat terkemuka negara yang berjaya menempa nama dalam industri komik dan majalah humor sejak tahun 1993. Selain majalah "Ujang", ia turut menerbitkan majalah "APO."

Ujang berhasrat mengukuhkan jenama Gila-Gila dalam kalangan penggemar kartun dan majalah lawak di Malaysia. -Foto Facebook

FB Ujang
Ujang bersama Jaafar Taib, peneraju Creative Enterprise Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit majalah Gila-Gila. -Foto Facebook Ujang




AKU ENGINEER OLEH TOPEK, REVIEW OLEH AKUBUDAKSENI

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata, ok fine aku lambat review Komik ni, sebab kesibukan yang melampau, korang pun tahu yang blog aku tak bagi profit pape pun melainkan kipidap karya tempatan dari side marketing online je.

Ok aku taknak merapu, sekarang rujuk tajuk balik aku nak tulis review mengenai komik Brader ni, nama brader ni Topek, biasanya kalau nama Topek ni arabic dia mestilah taufiq hehehe

Aku ada join contest brader ni, dia kata kalau join contest tu dapat la magazine free, jadi aku pun dapatla kan. Sebab kipas punya kipas, secara peribadi aku tak pernah jumpa dia live pun sebab aku bukanlah pejalan atau hunter yang menghuntui kartunis dengan aksi menyembah atau paranoid fans.

Berikut adalah beberapa point review aku atas karya beliau:-

RAJIN

Point yang pertama ni aku bagi beliau 5/5 bintang, ekspressi aku mula buka komik dia adalah "bapak rajin brader ni!" sebab apa aku kata rajin? pertama dia buat full kartun tu lukis sendiri dari A-Z, kedua kemas, ketiga effect blambak, ke empat, karya dia realisme ala-ala manusia bukan kekartunan sangat, ke lima, korang tengok sendiri gambar kat bawah, tekan gambar untuk ke FB dia.


KEMAS

Komik Topek sangat kemas, proses peletakkan panel, penyusunan karekter, latar belakang dan effect memang menarik dan kemas. Aku rasa bilik dia mesti sangat kemas berbanding bilik aku. Dia punya lukisan aku rasa kalau letak kat web komik percuma jepun, tukar bahasa orang putih kompom tersiar punya sebab kemas dan sangatlah kemas (dah brapa kali aku tulis kemas?)

SERIUS

Komik brader Topek ni sangat serius dari segi effect movement dan effect darah, debu angin, air dan lain-lain kalau korang sekadar tengok gambar je pun korang dah rasa komik ni serius berbaur jahat, kejam, dark lagi bukan untuk adik-adik atau pun orang yang syndrome down. Boleh menyebabkan mimpi ngeri kot dia punya effect.

KELAKAR

Dont jugde comic by its drawing, walaupun point di atas aku kata serius dan menakutkan tapi sebenarnya brader ni dan komik dia mempunyai nilai humor yang terbaik gak. Aku tak tau kenapa nama engineer tu jenama kasut.. kenapa bukan jenama air gas atau jenama laptop? maybe dia peminat kasut. Korang patut beli woi, serius kelakar.. Aku gelak.. ko ingat senang ke nak buat aku gelak.. serius.. aku manusia yang serius sebab aku peminat muzik sarkas.

BERBAKAT

Topek sangat berbakat, aku tak mampu lukis macam dia, orang lidi aku mampu la lukis. Dia mempunyai bakat yang orang lain ada bakat pun boleh kalah.. iaitu point yang pertama RAJIN. Senang cerita brader ni rajin lah! Aku kata RAJIN!!! (Sambil cekik leher korang dan goncang goncang bagi memahamkan korang)

CADANGAN

Aku takde cadangan untuk ko Topek tapi aku mencadangkan untuk korang beli komik ni. BELI! Woi!!! beli la! ok.. aku rasa teknik jualan kasar macam ni takkan menyebabkan orang beli..

Please beli 1 jilid dan rasai pengalaman membaca aku engineer karya Topek, mungkin anda mempunyai jiwa yang sesuai untuk komik ni.

Sebarang pembelian boleh di lakukan disini


SUPPORT INDUSTRI INDIE DAN KOMIK MALAYSIA!

SENI, ANTARA HOBI DENGAN KERJAYA

SENI HOBI ATAU KERJAYA?

Persoalan yang keluar dari kepala. Berapa ramai yang menjadikan seni sebagai kerjaya? Hobi tak payah cakap, memang ramai menjadikan seni sebagai hobi. Tak kisahlah seni cabang mana pun.

Kenyataan disini, Bukan senang nak menjadikan seni sebagai kerjaya tetapi menjadikan seni sebagai hobi, itu biasa.

APA YANG ANDA PERLU UNTUK MENJADIKAN SENI SEBAGAI KERJAYA


  1. Pertama sekali, RAJIN.. korang ada tak RAJIN ni? Korang kene tahu dalam bidang seni, basic dia adalah MENCIPTA, maksudnya disini, anda perlu mempunyai kemahiran mencipta produk. Macam mana anda ingin menjadikan kerjaya dah nama pun KERJA JAYA maksudnya ia haruslah mampu memberi pendapatan kepada anda, dan untuk menjana pendapatan anda perlulah memiliki sesuatu yang boleh dijual.

    Adakah produk anda boleh dijual? mungkin... kita sambung persoalan itu kemudian. Jawab dulu persoalan yang pertama.

    ADAKAH ANDA CUKUP RAJIN? kalau ada, maka luluslah 1 peringkat untuk menjadikan Seni sebagai kerjaya.. kalau takde RAJIN maka seni anda adalah hobi semata-mata.

  2. Kedua, SUDAH MEMPUNYAI NAMA? Ni bukan nak bagi nama korang kepada sayur-sayuran tau, (macam kartunis) tapi maksud soalan diatas adalah, sudahkah nama anda dikenali sebagai seorang pengeluar karya seni? Ini juga berkaitan dengan network dan teori JOHARI Window, bukan JOHARA pagi di era, tapi JOHARI (takde masa nak explain cari google).  Di mana, orang kenal anda sebagai apa dan anda nak orang kenal anda sebagai apa?

    Dia macam domain website la, orang pergi kat MUDAH.MY tu sebab nama tu ada macam-macam barang.

    Jadi reason kenapa orang mahu cari anda kene ada juga jadi itu sudah masuk list no 3
  3. Ketiga, PUNYAI IDENTITI SENDIRI. Orang takkan beli benda yang cliche' kecuali anda seorang budak graphic, pelanggan anda cenderung untuk membeli benda yang ada dalam kepala diorang, dan benda yang dalam kepala diorang adalah base apa yang mereka nampak. Client korang tu bukannya artis pun, dia tak berupaya imagine sama macam korang. Ok stop kutuk client, nanti client aku lari.

    Maka, aku tanya balik soalan yang sama, APASAL ORANG CARI KORANG? mestilah korang anda identiti sendiri.

    Seperti contoh Aku Napie kenapa orang sibuk cari Aku Napie? sebab komik Indie. Beliau ni terkenal dengan komik indie, kebangkitan komik style Zine tapi lebih kearah moden, sebab dulu zine macam cakar ayam, sekarang ni adik korang pun dah pandai photoshop maka produk lebih power la.

    Contoh ke dua ZAHURI HARUN, kenapa orang cari Zahuri Harun? Sebab dia mempunyai skill untuk membuat momento atau merakam suasana dalam bentuk sketch yang detail, tak taulah dia ni alien tanah melayu ke hape, tapi dia berjaya create identiti yang orang lain rasa tak semua orang ada, maybe jugak dia otai dah.

    Atau Kartunis Ujang atau Dato Lat, aku taknak kupas panjang, sebab aku tak jumpa diorang lagi.. yang aku explain panjang tu dalam list kawan, kira aku promote la ni. Yang otai atas berdua tu, kartunis yang aku suka je, tapi takde kesempatan nak jumpa, maklum lah dah kawin, aku sayang bini lebih hahahaha jadi kalau Ujang ngan Dato Lat nak aku review (dan aku rasa diorang kisah ape blogger macam aku ni) meh la kita mengopi.

    Berbalik pada Tajuk, maksud aku mereka-mereka ini ada identiti.

  4. Ke-empat, SANGGUP AMBIL RISIKO. Ha! korang dah bersedia ke tak dapat makan sebulan kalau takde orang demand seni ko tu? kalau tak sedia, jom apply kerja kat 7eleven, aku ada nampak open job tadi kat seksyen 9.

    Kalau 3 perkara kat atas tu takde pada korang, membuat karya seni adalah risiko yang perlu korang telan.

    Semasa aku berjuang secara seniman Indie dulu (Sekarang aku kerja kat company, aku sayang bini wooo mana boleh aku berjuang kalau bini aku tak dapat keperluan) sebulan paling banyak jualan karya aku RM500 je, hal ini sebab 3 perkara di atas aku takde sangat.

    Dan aku juga seorang Multi Task punya orang, Kalau korang multi tasking punya orang.. aku rasa agak susah juga korang nak jadikan seni sebagai kerjaya sebab korang terlalu sibuk.

    Jadi kepada multi-tasker! Korang jadikan seni tu hobi jela, kecuali korang sanggup ambil risiko dan hidup bujangs hehehehe
  5. Ke-Lima, MARKETING! Ni penentu karya korang untuk dapat duit, korang ingat senang ke nak jadi artis? korang kalau dah nama ARTIS kompom bodoh punya kat bahagian Sale dan Marketing. Aku berani kerat jari (kecuali korang otai), korang sendiri pun tak tahu nilai karya korang kan?

    Aku pun bodoh gak, tak tahu nilai karya aku, tapi aku belajar dari pelanggan. Dalam tempoh 3 tahun, aku banyak belajar dari apa yang client mampu bayar untuk karya aku.

    Itu tertakluk juga pada identiti dan cantik atau tak karya korang tu. Lebih cantik lebih mahal.

    Dari side MARKETING, sekarang ni marketing online, korang add je ramai orang, korang blast karya korang. Nescaya kalau cantik ramai orang like. Kalau ada orang nak beli, maksudnya ada value la karya korang tu.

    Nak lagi power, karya korang tu korang sebarkan la dalam bentuk flyers kalau korang kaya sangat la.

    Pastu, korang buat la pameran ke masuk booth sale ke, macam mana nak dapat duit kalau korang tak bergerak macam aku (aku jadi penulis blog je hehehe)

    Korang suruh la Aaron Aziz ke Alif Aziz ke Aziz M Osman ke pegang karya korang tu, tangkap gambar, pastu korang tag Abdul Rani Kulup.. Kompom karya korang meletop.

    MELETOP tu la marketing. Dia macam buah durian, kalau orang boleh bau dan ada selera, maka karya korang pun boleh up!
Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku yang cetek dalam bidang ni.. kalau korang nak tau detail cara nak survive dalam kerjaya Seni ni, korang tanyalah 2 orang kat atas yang aku dah linking tu. Aku malas nak jawab soalan korang banyak-banyak. (Tengok, aku takde RAJIN! maksudnya aku dalam seni ni hobi je)

Assalamualaikum, 

CEO AKUBUDAKSENI
HAFIZ RANI KULUP



Aku tak malas buat website dan grafik sebab tu kerja aku la!


KARTUNIS SPIKEY KINI BERDUET DENGAN KARTUNIS NAMIKPASHA

Lama kita tak dengar dengan nama SPIKEY ni, lama betul dia menghilang. Apakah sebabnya dan alasannya?

"aku kene meneruskan kelangsungan hidup hahahaha, kita manusia bernama lelaki memerlukan Agama Harta Takhta & Wanita. Then barulah kita dikategorikan Manusia yang hidup hehehe. Aku ambil masa 2 tahun untuk mencukupkan 3 daripada 4 perkara itu iaitu Agama (islam), Harta(ekonomi) dan Wanita(Isteri) , yang Takhta (tanggungjawab kerja) belum terlaksana bermaksud.. aku sudah berkahwin hehehe dan aku sayang isteri aku."

Kali ini Kartunis Spikey telah kembali dengan Komiknya yang pernah keluar 1 masa dahulu bertajuk ADEH! MOHON TERASA. Kini tajuk baru ADEH! Reborn : Siri Komik Main Lugeh yang baru terbit pada 14hb April 2015 yang lalu.

Apa yang special adalah kali ini dia tidak hadir berseorangan. Kini komik adeh didatangi dengan Namikpasha iaitu salah seorang penggiat komik indie.

"Aku nak siapkan 40 muka memang penat, jadi aku mintak tolong namikpasha bagi separuh hehehe"

Kini ADEH! bukan lagi komik Spikey, tapi komik untuk sesiapa sahaja yang mahu JV.

komik adeh spikeyfidz namikpasha
Bentuk Komik ADEH #2
Beliau yang pada mulanya salah seorang kartunis indie paling viral KOMIK GELABAH menghadapi banyak masalah ketika menyiapkan komik ADEH! isu 1 berkata.
"Komik ni penebus dosa, dosa apa? dosa lukisan tak cantik dan sistem penghantaran yang hampeh. Sekarang kerja dekat atas pos office, kalau tak dapat hantar juga, memang hampeh la aku hahahaa"

Diharapkan ADEH dapat berterusan untuk 30 Tahun lagi YEAHH!!!

Zahuri Harun - The Portrayal Of Malaya, Artis Negara Setanding Antarabangsa.


Siapakah Dia Zahuri Harun?

Zahuri Hj Harun atau dikenali sebagai Zahuri Harun merupakan seorang artis illustrasi yang bekerja sebagai freelance, pengarah kreatif animasi, pelukis komik dan penulis skrip.

Beliau pernah tersenarai dalam laman sesawang popular says.com sebagai 10 doodler yang mempunyai identiti tersendiri dalam karya mereka di sini.

Apa Yang Luar Biasa mengenai Zahuri Harun?

Zahuri Harun mempunyai kemahiran lanskap namun beliau bukanlah mempunyai pendidikan dalam bidang berikut. Kemahiran semula jadi beliau mempunyai nilai estetika yang kearah sketches, perspective, detailing dan fish eyes sangat menarik minat generasi X dan ke atas mengenang kembali keadaan Malaysia dari pandangan kampung dan marhean.

Team akubudakseni menemui beliau untuk mengetahui apakah pengisian untuk setiap karya beliau sehingga mempunyai aura dan jiwa yang kuat.

Apakah Yang Di Bawa oleh Beliau


Zahuri Harun menyatakan beliau lebih suka penceritaan yang santai, rakyat marhean dan merakam moment dan tidak menjadikan subjek sebagai watak utama karyanya.

Apa yang menjadikan karyanya itu seakan bernyawa adalah apabila beliau mampu merakamkan gelagat rakyat di persekitaran kaki lima, kampung-kampung dan tempat-tempat yang selalu kita kunjungi dengan aktiviti rakyat seperti mamak, orang mengangkat barang, penjaga gerai, flat-flat, anak-anak kampung dan lain-lain itu menjadikan karyanya dekat dengan masyarakat.

Dari pandangan kami AkuBudakSeni, karya Zahuri Harun bukan bertujuan memuaskan hati 1 individu dan menfokuskan kepada golongan tertentu sahaja, ia memuaskan hati semua orang, semua bangsa dan semua profession yang ada di Malaysia, apabila melihat lukisannya.. terasa seperti kita pernah berada dalam persekitarannya itu.

Berikut antara karya yang dapat di kepilkan di ruangan kali ini. Diambil dari instagram beliau.






Sejarah Zahuri Harun Dalam Dunia Seni?

Apabila diajukan soalan, "Betulkah pernah bersama dalam projek animasi Usop Sontorian?" beliau mengakuinya dan menambah, beliau juga pernah bersama dalam projek animasi Sang Wira yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dahulu. Beliau petah berbahasa loghat negeri sembilan.


Siapakah Inspirasi Terbesar Dalam Penghasilan Karya?

Tanpa segan silu beliau menyatakan Dato' Lat yang terkenal dengan Kampung boy banyak mempengaruhi dan menjadi inspirasinya dalam bekarya.

Kemanakah Hala Tuju Karya Zahuri Harun?

Beliau mempunyai visi yang sangat besar dan mahu menjadikan karyanya sebuah profession dan professional. Sehingga mampu setanding dengan karya yang mampu tembus sehingga ke pasaran antarabangsa. Buat masa ini, beliau dalam proses penghasilan karya dan mahu dibukukan.

Saya dapat melihat soul yang kuat dalam karya Zahuri Harun kerana saya juga berasal dari kampung dan seorang rakyat yang marhean - Hafiz Zainal @ Spikey Fidz ( Kartunis Indie dan Pereka Grafik dan Multimedia )

Zahuri Harun Karya Mempunyai Jiwa

Zahuri Harun merupakan seorang pelukis yang bergerak secara indie. Karyanya jelas sekali mempunyai jiwa apabila Zahuri mampu menangkap moment ditambah dengan permainan perspektifnya yang cukup menarik.

Zahuri kelihatan bijak dalam bermain mood dan suasana. Berikut adalah beberapa karya yang diselitkan dilaman Facebook dan Instagram beliau.

Karya Zahuri Harun dipercayai mempunyai jiwa yang amat kuat sehingga dia juga tidak memerlukan image dari kamera cukup imaginasinya digunakan untuk di keluarkan kepada kertas.






Ayuh kenali Zahuri lebih dekat di projek Kampung krew beliau

APA ITU BRANDING / JENAMA

APAKAH ITU BRANDING? DALAM BAHASA BERMAKSUD JENAMA

akubudakseni
Branding bukanlah produk dan bukan sekadar logo. Ia merupakan 'proses' yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten.
Penjenamaan bertujuan untuk mewujudkan kehadiran yang ketara dan berbeza di pasaran yang menarik dan mengekalkan pelanggan setia

Penjenamaan dan pemasaran perlu menggunakan alat-alat komunikasi untuk mewujudkan persepsi dan nilai di dalam minda pelanggan yang menjadi sasaran anda.

Nama syarikat anda, logo dan simbol Biasanya berfungsi sebagai centerpieces kepada usaha penjenamaan.

Matlamat anda adalah untuk mewujudkan imej itu bergema dan bermain-main di minda pelanggan.

Apabila Mereka melihat jenama anda mereka terus Mengenal pasti tanda syarikat anda.

Jenama dapat membezakan jenama anda dengan jenama lain sebagai contoh produk anda berkualiti tinggi, Paling Inovatif, nilai terbaik, berkhasiat,  paling eksklusif atau paling popular.

LEBIH LANJUT

Nama, term, sign, symbol, atau design (atau gabungan  satu atau lebih dari usur diatas) digunakan untuk memperkenalkan sesuatu produk yang lain dari yang lain berbanding persaing. (APPLE)
Jenama melambangkan sifat produk, perkhidmatan atau seluruh syarikat seperti  orang yang mempunyai sifat tersendiri. 

KEPENTINGAN JENAMA

Mempunyai jenama yang bagus bukan sahaja berguna kepada syarikat besar tetapi ia penting bagi syarikat kecil. 
Jenama dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada produk dan perkhimatan yang disediakan syarikat. Ia juga menambah nilai produk dan perkhidmatan. 

FAKTOR KEJAYAAN JENAMA

  1. Cari pengiklanan/jenama agensi yang bagus.
  2. Pihak pengurusan mesti bersungguh-sungguh.
  3. Mesti ada seorang wakil yang sentiasa berinteraksi dengan agensi. 
  4. Jangan mebuat keputusan berdasar undi. 
  5. Kekalkan jenama didalam dan diluar orginisasi. 
  6. Berikan jenama masa untuk memberi pulangan. 
  7. Buat panduan mengenai jenama dan edarkan kepada kakitangan. 
  8. Memperbaharui imej jenama selepas beberapa tahun.
  9. Kekal dalam pasaran. 

KEBAIKAN JENAMA

  1. Meningkatkat saiz operasi.
  2. Memperkenalkan operasi. 
  3. Mengekalkan kualiti.
  4. Kesetiaan kepada jenama. 
  5. Meningkatkan imej.
  6. Pelindungan dari persaing. 
  7. Menguruskan ruang pemasaran. 
  8. Membina nilai jenama dan kesetiaan jenama. 

KEDUDUKAN JENAMA

Kedudukan jenama ialah apabila pengeluar jenama mendapati pelanggan mempunyai pandangan seperti yang pengeluar mahukan terhadap apa yang jenama itu di gambarkan. 
Kelebihan  yang bakal didapati adalah mereka akan memikirkan jenama apabila diberi gambaran atau disebut.
Jenama yang kuat melambangkan ke unikkan, keboleh-percayaan, sentiasa ada dan kualiti didalam pandangan pelanggan. 

CARA UNTUK MEWUJUDKAN JENAMA

Penjenamaan yang berjaya adalah dengan menggalakkan pemberitahuan mengenai kekuatan produk anda. Mulakan dengan memikirkan mengenai apa yang anda pandai dan apa yang anda percaya dalam membentuk sebuah perniagaan. Sebagai contoh:

kemahiran khas -:
  1. seperti hebat dalam reka bentuk
  2. perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi
  3. kemampuan memberi nilai yang terbaik bagi wang dalam pasaran anda
  4. inovasi - Mungkin dalam pasaran khusus

Anda perlu memastikan bahawa anda 'sentiasa boleh menyampaikan janji-janji anda itu dengan menggunakan kekuatan anda, kadang-kadang hal ini disebut sebagai "nilai-nilai jenama".

GARIS UKUR MEMBINA JENAMA

Dalam membina jenama anda perlu menguasai teknik 7p
  1. Products/Services: Bagaimana anda membina perniagaan anda?
  2. Prices/Fees:  Bagaimana kita mampu mengubah model harga kita?
  3. Place/Access:  Apakah cara terbaru untuk menyebarkan jenama anda kepada pelanggan supaya mereka dapat merasai produk anda contohnya ; dengan kedai online, telephone dan macam-macam lagi.
  4. Promotion: Bagaimana kita boleh menambah atau meningkatkan kombinasi pembayaran,pemilikan dan cara memperolehi barangan dengan menggunakan saluran media?
  5. Physical Evidence: Bagaimana kita meyakinkan pelanggan-pelanggan kita, contohnya bangunan yang mengagumkan, kakitangan yang terlatih, laman web yang besar dan bagus?
  6. People: Siapakah orang-orang kita dan adakah terdapat jurang kemahiran?
  7. Partners: Adakah kita mencari rakan kongsi baru dan menguruskan rakan kongsi sedia ada juga?.

APA YANG PELANGGAN MAHU

Anda perlu sepadankan nilai jenama anda dengan keperluan pelanggan anda.
Apa yang mendorong pelanggan mengenali jenama anda? Apa yang membuatkan mereka mahu membeli? Mahu melanggan? Dalam kebanyakan kes, ia bukan mengenai harga atau prestasi semata-mata.
Tanya pelanggan sedia ada anda mengenai apa yang mereka suka bila berurusan dengan anda. Dan tanyakan kepada pelanggan berpotensi mengenai apa yang mereka cari dan kaji keputusan pembelian mereka kerana ini mampu memberikan informasi kepada anda untuk membangunkan perniagaan dan jenama anda.
Sekiranya nilai jenama anda dalam garisan yang sama dengan kemahuan pelanggan asal atau kemahuan pelanggan berpotensi sehingga mereka mencari jenama anda untuk membeli, maka anda sudahpun memulakan 1 jenama yang bagus dan bersedia untuk membinanya.
Sekiranya tidak, anda perlu mempertimbangkan sama ada kebaikan yang anda tawarkan kepada pelanggan anda atau adakah anda sudah meletakkan sasaran pada orang yang tepat. Cuba rujuk semula
Seperti contoh, bengkel kereta, kebanyakkan pelanggan atau pelanggan berpotensi mencari bengkel yang memudahkan dan cepat. Jadi anda perlu mencipta jenama yang sesuai dengan kemahuan pelanggan anda.

APA PEKERJA ANDA PERLU TAHU

Cipta 1 dokumen yang mempunyai maklumat tentang teras pembinaan syarikat anda dan penanda aras untuk anda beroperasi dan bagaimana anda mahu dilihat beroperasi. Anda perlu tahu perbezaan anda dengan pesaing. Berkomunikasi dengan pekerja anda dan beritahu mereka agar mereka dapat mengikut tanda aras yang telah anda sediakan

JENAMA ADALAH 1 USAHA


Jenama anda takkan berjaya tanpa usaha yang kuat dalam mempromosikan jenama dan nilai jenama anda. Maka pekerja anda perlu mengikuti penanda aras yang ditetapkan agar masyarakat tidak lari dari bayangan yang anda cuba terapkan kepada mereka.

MEMBINA JENAMA ANDA

Jika anda mahu untuk membina dan mengekalkan jenama yang kuat, anda perlu memberi tumpuan kepada apa yang pelanggan anda mahu dan bagaimana anda boleh menjamin untuk menyerahkannya. 
Anda akan perlu konsisten dalam perkhidmatan anda dan setiap titik lain pelanggan mempunyai hubungan dengan anda - untuk panggilan telefon contohnya, surat, e-mel, dan lain-lain
Sebaik sahaja anda telah ditakrifkan nilai jenama anda dan keperluan pelanggan anda anda boleh mula membina jenama anda dengan konsisten berkomunikasi nilai jenama anda.

Beritahu pelanggan anda

Ingatlah bahawa setiap kenalan mungkin anda mempunyai potensi perniagaan dengan pelanggan atau bakal pelanggan, memberi tahu perkembangan jenama adalah perlu  untuk memperkukuhkan nilai jenama anda.
Perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam mengembangkan jenama adalah:
  1. Nama perniagaan anda
  2. nama-nama produk atau perkhidmatan anda
  3. apa-apa slogan anda menggunakan
  4. logo anda
  5. gaya dan kualiti alat tulis anda
  6. harga produk dan pembungkusan
  7. premis anda
  8. di mana dan bagaimana anda mengiklankan
  9. bagaimana anda dan pekerja anda berpakaian
  10. bagaimana anda dan pekerja anda berkelakuan
  11. laman web syarikat anda
Jika semua ini adalah konsisten selaras dengan nilai-nilai jenama anda, jenama anda akan diperkukuhkan. Tetapi jika semua daripada mereka tidak berada dalam talian, jenama anda - dan perniagaan anda - boleh mengalami kerosakan yang teruk. 
Jenama membuat janji-janji kepada pelanggan dan jika mereka tidak dipenuhi, pelanggan anda akan menjadi jauh lebih cenderung untuk tidak membeli lagi.
Sebagai contoh, "Elegant" pelbagai Delightful Jewellery ini boleh dihasilkan dengan cantik, bergaya dan dibungkus glamorously diiklankan dalam majalah berkilat. Nilai jenamanya boleh menjadi "classy, khas, elegan".

Tetapi jika kakitangan yang kurang ajar atau tidak profesional di telefon, pelanggan tidak akan berfikir tentang keanggunan Delightful Jewellery ini - mereka akan berfikir tentang kekasaran kakitangannya itu. Hasil jenama -dan mungkin perniagaan - akan terjejas.

LOGO PERLU KONSISTEN

Logo anda boleh menjadi penting khususnya kepada pelanggan. Anda perlu mewujudkan dasar mengenai penggunaannya, memastikan ia digunakan secara konsisten dan kualitinya sentiasa dikekalkan. Ini bertindak sebagai jaminan apabila pelanggan sedang mempertimbangkan membeli produk anda atau menerimanya selepas pembelian. Logo anda boleh bertindak sebagai jaminan awal yang berkualiti dalam keadaan ini.
Begitu juga, pastikan anda mengambil kira reka bentuk dan kualiti invois dan resit anda, yang sering boleh menjadi tahap terakhir dalam interaksi dengan pelanggan. Ini boleh menjejaskan kesediaan mereka untuk memberikan anda mengulangi adat dan juga untuk membayar tepat pada masanya.

MENGGUNAKAN PENJENAMAAN DALAM PERKHIDMATAN

Memandangkan penjenamaan sangat mencabar untuk dihadapi oleh perniagaan yang menjalankan perkhidmatan, anda perlu menggabungkan strategi proaktif yang berkaitan dengan unsur-unsur unik dalam campuran pemasaran perkhidmatan adalah strategi yang baik.

Anda menggaji orang yang berkualiti tinggi, melatih mereka untuk konsisten, kualiti perkhidmatan, dan menggalakkan nilai orang anda. Menekankan aspek proses perkhidmatan anda yang memberi manfaat kepada pelanggan anda.

McDonald menggerakkan proses makanan segera sangat kecekapannya dalam penjenamaan. Menyediakan bukti fizikal untuk mengesahkan jenama anda. Banyak syarikat perkhidmatan melakukan ini melalui testimonial.

Anda juga bukti jenama perkhidmatan anda dengan penghantaran konsisten kepada pelanggan.

Langkah-Langkah Menjadi Pereka Grafik


1. Manfaat Proses Rekabentuk Grafik


Apabila mendapat projek design, kita perlulah mengetahui langkah-langkah reka bentuk. Hal ini kerana, dengan susunan dan rangka reka bentuk yang baik akan membuatkan anda mendapat keputusan yang terbaik.

Berhati-hati! jangan melompat terus ke arah program komputer dan cipta tanpa menjalankan apa-apa kajian tentang apa yang bakal anda buat.

muktamadkan  kandungan dan penyelidikan anda kepada beberapa kali sebelum bergerak kearah proses reka bentuk. (tekan sambung baca..)


Easy Way to Unlike Facebook | Cara Mudah untuk Unlike Facebook



Hai Selamat datang kembali ke AkuBudakSeni dan Hari ni admin nak tolong korang yang mengalami masalah terlalu banyak sangat like pages. Hehehehe Kompom korang ni kaki like macam admin gak. Tapi admin like bukan suka-suka, untuk kerja dan hari muka.

for those who want to know, this post gonna show you guy how to delete or to erase or to Unlike the facebook pages that already you already like. 

  1. step one https://www.facebook.com/browse/fanned_pages/?id=100000251078230
  2. unlike the pages that you want
  3. done!!

    Itu sahajelah untuk hari ni.. Thanks sebab sudi melawat post kali ni kawan2.

EXTRA: Buang Facebook Timeline (delete Facebook timeline)

http://fbcoversking.com/wp-content/uploads/2011/12/4.png


Seusly aku bosan gile dengan timeline, ape ke kurang bijak si mark zekembek tu buat layout dengan post besar gedabak camtu... jadi dengan ini aku memutuskan beginilah caranya untuk padam Facebook Timeline.

1. pegi ke www.timelineremove.com

2. pilih browser mane korang pakai
3. install
4. jerit ramai-ramai macam ni

DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!! DELETE TIMELINE FACEBOOK!!!  SUCCESS!!!!

TAPI INI HANYA KORANG JE NAMPAK PROFILE KORANG TAK TIMELINE...ORANG LAIN MASIH TENGOK KO TIMELINE.


Trick Photography And Special Effects E-book

Become Unique, Creative, And Artistic By Taking Breathtaking Photographs That Blow People's Minds Away! Dozens Of Rare Trick Photography Ideas Are Included In This 295 Page E-book, Along With 9 Hours Of How-to Photography Video Tutorials.

EVENT : VIRTUAL CONCERT di BUNKFACE ROCK STATION!! Live!!!


Hah!!! ape benda ni??? so tadi aku pegi dok tanya orang kuat a.k.a kepala balang untuk event kali ini. Apakah ini boss??? So katanya ini virtual atau maya. So kalau korang pernah terjebak dengan concert Yuna yang virtual tu...yang ada vote2 dari maxis tu..ha...ini hampir sama tapi tidak menfokuskan kepada 1 individu atau 1 band..kelepuk!!! hambik ko.. 50band sekali dia bagi...

Yang paling menarik hati, cadangannya. Band yang terlibat akan di proper record kan untuk menjadi salah satu videoclips band korang..so beruntungla korang yang bakal hadir...sekaligus kita buat VC korang!!! \m/!!! jangan lupa practise miming..dan kalau leh jadi gile2 sikit ok...

So tahniah kepada 50band yang terlibat.. dan ribuan terima kasih kepada pihak BUNKFACE sebagai sponsor lokasi. Pentasaksi, akubudakseni sendiri, IMN (interaktive Media Network) , asia media, Band App, I-am TV, Cafe99, burger bakar, By'U, Krisma dan ROTTW so kalau ada mana-mana pihak lagi nak menjadi salah satu badan sponsor sila hubungi demoplanetTV pada waktu pejabat  

Telefon
Pejabat: +603-55235400
Ridzuan: +6013-6102709 (demoplanet tv)
Piko: +6017-5556815 (pentas aksi)

Sebarang perubahan, tertakluk pada penganjur...INI PERTAMA WOKK!!!!! 50band Virtual Concert!!!! RULESSS!!!! http://akubudakseni.blogspot.com/

Info : Portfolio dan Kreatif Promosi



Hello artis! Ape khabar semua? Alhamdulillah post terakhir haritu lebihla dari target walaupun belum sampai 1 juta belia suka hahaha. Ok topik kali ni adalah isu penting dalam industri kreatif.

PORTFOLIO DAN KREATIF PROMOSI

Apakah itu? cewah nak ayat skema apakah? mengapakah? 2 isi topik ni adalah penentu kejayaan seorang artis di dunia sebenar. Bukan dunia pelajar okai. Dunia artis official. Tu pun kalau berminat jadi artis Hahahaha. Jadi Mari kita kupas sikit demi sikit pasal perkara ni yang biasanya diambil leweh oleh artis Malaysia.

Dunia Artis : Era Indie

Assalamualaikum dan wazzup semua ohoi korang buat pe je tu...dah makan lum? ok kali ni aku sebagai journalis yang tak penah tulis secara skema buat 1 ruangan khas untuk korang semua yang dipanggil sebagai Dunia Artis journal kali ni disasarkan akan mendapat rating pembaca 10 juta orang sehari hahahahaa *serius jangan caya.

Menu Utama, hari ni kita dapat lihat pembangunan industri muzik indie yang mencetuskan segala macam industri indie baru yang membawa maksud 'gua leh diri atas tumit gua sendri lah der!' so selepas mentera tu dilafaskan maka dengan rasminya banyaklah indiers (gelaran yang aku bagi la, so takyah nak follow sebab tade dalam kamus) maka lahirlah TV indie, Majalah Indie, Burger Bakar Indie (serius sedap, manager dia kene blanja aku makan lagi sebab aku promote ni, esok rating liker mesti cecah 500 punyelah) , Ah long ceti indie dan maha indie lagilah.

Kesimpulan yang dapat dibuat untuk perenggan kedua di atas, ramai rakyat Malaysia kini mulai menjana pendapatan dari 90 dari 100% pendapatan negara iaitu secara berniaga. So tepuk la tangan sikit * dah! jangan banyak2!!!

Aku sebagai salah seorang manusia yang jugak bergelar insan indie merasakan bahangnya asmara cinta indie nih, kalah la cite Ombak rindu atau ongbak gedek! gedek!

TAPI!!!! oleh sebab lambakan indie ni menyebabkan duit poket aku terganggu. (hah! ni part nak menyungut ni, so klu korang tanak dengar batter pangkah cepat) Aku sakit lah sikit bila ada 'sebilangan' kawan indie kita ni murahlah hati sangat sampai letak harga diorang.... alahai, sungguh adabi..

Kita tau awak tu nak tolong member, tapi takkan 1 malaya ni member awak(tapi jangan tak cari kawan ye kawan2, penting tu)... Sebabkan anda mengejar quantiti, maka dengan segala hattanya, kami sebagai designer mendapat gaji lebih rendah daripada seorang yang handle bahagian print yang menggunakan sumber bahan. Sedangkan kepala hotak kami dan tulang belakang ni dah separa tercabut dah sebab memikirkan idea dan juga bertungkus lumus menyiapkan karya artwork korang.

Jadi tolonglah jangan berkira sangat.

Yang aku nampak jelas, teori 'social network' telah di pecahkan lubangnya sehinggakan semua orang hari ni nak buat networking (nampaknya aku pun pecahkan lubang). Patutnya teori network ni kene rahsia..dia kunci kejayaan seorang artis. Untuk menambahkan networking, kita rajin menjalankan kerja amal dan ibadah percuma dengan tujuan dihargai orang, dan orang akan cari kita balik dengan tujuan lagi 2 - 3 projek dapatlah payment berentetan.

Malangnya, bila semua orang kat dunia ni dia bagi harga rendah sampaikan Professional Designer yang dok perabis PTPTN blaja, bersengkang mata nak menghabiskan study itu, takde peluang pekerjaan. Ditambah lecturer yang simpan rahsia kunci kira-kira diorang yang dapat gaji beribu2 tu untuk diri sendiri je.

So kat sini saya nak tekankan wahai saudara dan saudari DESIGNER DAN EDITOR bukanlah bergaji RM30 untuk 1 design. Anda dah abiskan masa kami dengan kehendak anda so, bayarlah dengan apa yang dijanjikan.

ADAKAH ANDA SUDAH TAU KENAPA ENTRI INI DITULIS???

jawapan: sebab aku sebagai designer ada ke nak di charge RM30 je...pensan uhuk!

ARTIST!!!! lu orang dah dibayar...pastikan lakukan tugasan dengan betul okai.

Tu saja kali ini. Sila layari www.demoplanet.tv untuk menonton TV indie pertama malaysia. Papai

p/s: aku pun sama gak suka kerja amal hehehehehe-Spikey-



EVENT : Indie Band Championship


Click to go to the web
Assalamualaikum Sekali lagi. HAH!!! sape artis kat sini ce angkat tangan...ce cover sikit ketiak tu hahahaha. Ok peluang terbaik untuk hangpa yang bergelar artis Indie yang tak sign kat mane2 label. Indie Media Network kali ni buat Event bertajuk
'hang nak menang, hang masuk!' hahahaha taklah


menurut pandangan aku yang kabur hadiah utama RM2500 dan trophy( dah macam main lari2 plak ada trophy) hadiah tak brapa utama, korang chek sendiri di laman sesawang I'MSingles.

Lokasi terang lagi bersuluh adalah di The Square Bazaar tingkat 10, ni penaja paling besar sekali dalam sejarah pentas.

Of coz, kitorang 'tak terlibat' sebab kitorang tak hensem bila takde logo. Tapi papepun kitorang tetap manusia yang akan turun padang jugak untuk membantu korang yang hebat2 blake. Disamping itu, kitorang pun akan promote bagai nak rak benda ni sampai korang rasa senak hempedu sebab banyak sangat event kan?? bak kata Radio GAOL.FM 'ape lagi kau nak?!' hebak trademark tu.
Click to go to the web

Cadangan paling bernas untuk sesiapa yang nak join event ni, pertama.. mestilah kacak dan bergaya untuk bersama I'MSingles dalam projek Album Kompilasi 100 single indie band Malaysia (sempot) dan korang diharapkan dah settle dah bab-bab hantar lagu dan juga cabut undi parti IndieBand Malaysia hahahaha

Aku akan melalut panjang kat sini selagi aku tak tamatkan dengan Assalamualaikum. Anda ada mata, akal dan hati. Cuba baca sendri Poster tu hahahaha papehal nak tau contact guru disiplin kita pentasaksi@gmail.com kalau penerangan aku ni ganas sangat, aku mintak maap semua kata2 itu hanyalah gurauan belaka -spikey si emo yang kacak hehehe-

New Branding AkuBudakSeni

Hellow semua, Ucapan Assalamualaikum kepada muslim dan hai hai kepada kawan saya yang lain bangsa. Wow lama sungguh tak post entry, rasanya visitor pun kompom lah tak ramai dah, tapi rasanya entry2 yang ada kat dalam ni sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan pengunjung terutama yang menghadapi masalah untuk memahami bahasa English.

Kami di sini sekadar pelajar yang ingin membantu rakan2 yang hadir semata2 berminat untuk menambahkan pengetahuan seni.Sejak Tahun 2009 yang lalu kami menggunakan Logo ciptaan saya (spikey) dan Aku Napie (akusempoi) sebagai identiti komuniti ini, walau bagaimanapun, sudah pasti akan berlaku beberapa perubahan selepas beberapa tahun menimba pengalaman dalam industri seni.

Saya dan Rakan AkuBudakSeni semuanya bersetuju untuk rebranding semula logo kami dan setelah mencapai kata sepakat, kami keluarkan idea maka, lahirlah identiti baru A.B.S



IDEA ASAL KALI INI adalah lebih comel dan ringkas, namun lebih professional. Kami memberi penekatan pada perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada SENI  1.LOVE
2.PASSION
3.LIFE

Love atau cinta, psikologi warnanya adalah merah..mewujudkan rasa ghairah untuk mendekati sesuatu.Kalau kita tak suka seni, mustahil kita jadi seorang budak seni. kan?

Passion atau kesukaan atau kegemaran menjadikan kita tekun serta sabar dalam melakukan aktiviti seni kita yang bermain dengan masa dan tenaga. Kita lakukan tanpa paksaan dengan kerelaan. Part ni Ramai yang lebam2 mata masuk Art and Design ni.

Life atau Kehidupan, seni menjadikan kehidupan itu indah. Penuh perasaan dan menjadi sumber untuk AkuBudakSeni terus bernyawa. Dengan bantuan anda selama ini, Kami masih teguh Berdiri. Terima Kasih Sahabat handai. :D

 Logo itu mewakili keseluruhan perkara yang membuatkan kita dekat dengan seni. Dan Segi Empat pula membawa makna fikiran yang menjana kretiviti dari cinta, suka dan kehidupan.kotak-kotak itu tidak di isi dengan sebarang makna supaya membawa maksud  think outside the box atau lebih tepat, jadilah kretif dan lain dari yang lain.. Insyaallah.












Selepas ni, kenelah buat semua produk corporate.. ni semuanya modal ni...so nak korek2 tabung dan ugut kawan2 budak seni ni supaya kuarkan duit hahahahaha gurau je....


Kali Ini Kami amat komited dengan apa yang kami buat...dan Kawan-kawan menjadi inspirasi untuk kami terus melangkah jauh...

Walaupun kami selalu gaduh2, tapi kami ibarat adik beradik yang tak dapat dipisahkan, semoga semuanya akan baik2 belake....

Kepada kawan2 yang nakkan bantuan kami, anda boleh saje ke group facebook kami https://www.facebook.com/groups/186129716348/
insyaallah kami bantu apa yang patuiiittt.... Tata -SpikeyFidz-

Kami Release Baju Pada 24-25th September 2011 di Berjaya Times Square tingkat 10

sebelum ini kami hanya mengeluarkan Icon kami yang bernama 'Tak' 
pada baju sebelum ini... kali ini kamu mengeluarkan Logo kami sebagai Baju.

Terdapat Dua Edisi Hitam dan Putih dan kami masih mencuba mendapatkan harga yang paling murah
so masih lagi me'rekky' harga kalau-kalau ada kedai yang sanggup
 
kami juga ingin meletakkan Logo Rakan Kerja Kami, tetapi Kalau boleh
nak bagi design Ni sempoi dan tak terlalu padat.

Jemput la datang nanti ye!!!




Antara Rakan Usaha Sama AkuBudakSeni

Sekiranya anda inginkan khidmat yang anda cari, anda boleh berbincang dengan ahli-ahli yang terlibat sama ada dari segi bayaran, karya, cara berurusan dan lain-lain, berikut adalah syarikat dan individu yang kami cadangkan kepada anda untuk berurusan dalam perkhidmatan yang anda inginkan contohnya:-

Addin Simon - Videography and industrial Design
https://www.facebook.com/profile.php?id=100002096982232 )
( filem shoot, Band Video Clips, Drama, Advertising Video, Montage)

Syamil Rosli - Photography

Semesta baru weyyy!!!

saya dan warga ABS mengucapkan selamat tahun baru kepada yang bersama menyokong kami selama ini. Banyak perancangan telah di buat untuk memeriahkan industri seni... Semoga Allah memberkati..Aminn

Wawancara Bersama DemoPlanetTV

Assalaaamualaikum~~
ohoi!!! lama gile tak tolis entri, sekarang agak sibuk la dengan kerja dan 'kerja' baru.

Ok Spikey hari ni nak cerita pasal DemoPlanetTV perkara berbangkit selama 2 entri sebelum ni. Korang mesti masih Kabur baik punye tentang kewujudan 'SOSOK-SOSOK GHAIB' (ala-ala entiti Indon) DemoPlanet TV ni kan?

Staff DemoPlanet Adalah Gaban
Gua baru je pas interbiu diorang yang sekarang ni mungkin sibuk tahap gaban ni(mereka memang gaban sebenarnya) jadi mari kita baca interbiu ABS ngan Demo K.









JOURNAL: PERJUMPAAN AKUBUDAKSENI & DEMO PLANET TV





HOHO HARI NI BERSAMAAN 28/10/2010 KHAMIS MENJADI DETIK APA BILA AKUBUDAKSENI DAN DEMO PLANET TV BERTEMBUNG BERLANGGAR SAMBIL BERGOLEK-GOLEK KAW KAW PUNYE.
KAMI MELAWAT SAHABAT BARU KAMI INI DI SEKSI 13 (SYEKSEN) SHAH ALAM BERKENAL-KENALAN SAMBIL BERTUKAR-TUKAR HATI DAN PERASAAN.

DemoPlanet TV

sebelum anda membaca ape yang kami tolis ni 
ape kata 'take time' tengok petak bawah ni

whoohooo!!! Amacam? gempak tak? Ade ala-ala filem Rajnikhan tak? Atau filem Hollywood??

SENI DALAM ISLAM

http://myibrah.files.wordpress.com/2012/11/kaligrafi-belajar.jpg


TAJUK BUKU : SENI DALAM ISLAM

HJ ABDUL GHANI SAMSUDIN

ISHAK HJ SULAIMAN

ENGKU IBRAHIM ISMAIL

INTERL MULTIMEDIA AND PUBLICATION 2001

BAB 1 : SENI DALAM ISLAM

1.1- KONSEP SENI

Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.

Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :

a) Seni ciptaan Allah

b) Seni ciptaan manusia

Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.

1.2- SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI


Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kesenian Islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud A.S dan puteranya Nabi Sulaiman A.S dan terus berkembang di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan di zaman selepas kewafatan Baginda sehingga kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.

BAB 2 : CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM


Seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.

Kesenian Islam menyahut seruan sebilangan keperluan asas masyarakatnya. Ia juga mengukuhkan persiapan individu untuk mematuhi ajaran Allah selaras dengan tujuan asas penciptaan mereka. Pernyataan seni ibarat kaedah di antara zat spiritual dan rangka material.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab para seniman untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam bahasa seni. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Selain itu, seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada ‘kegunaan’ : samada untuk spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun pindahan ke atas objek kegunaan harian.

Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan

berpaksikan kepada keperluan bersama manusia.

2.1- SIKAP ISLAM TERHADAP SENI

Pada dasarnya, sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah kerana Dia zat yang Maha Indah dan

menyukai yang indah. Islam mempunyai kriterianya yang tersendiri untuk dijadikan pengukur

pedoman bagi menentukan halal atau haramnya sesuatu karya seni itu. Kriteria pertama ialah

seni atau karya seni itu mestilah baik iaitu yang mempunyai cirri-cirinya yang khusus. Antaranya

ialah tidak merosakkan budi pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang dari beribadat dan

mengingati Allah. Kriteria penolakan pula ialah seni atau karya seni tersebut buruk iaitu boleh

merosakkan moral, melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah dan sekaligus melupakanNya.

2.1- JENIS-JENIS SENI

a) Seni suara

b) Seni rupa

c) Seni pakaian

d) Seni sastera

BAB 3 : SENI SUARA

Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2 kriteria iaitu seni suara yang baik

dan seni suara yang buruk. Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suara

yang merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu jihad, berzikir,

mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali

kepada para jemaah haji, berzanji dan lain-lain. Seni suara yang buruk pula merangkumi

nyanyian-nyanyian yang sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang

bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-lagu yang boleh merosakkan

budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah.

3.1- BACAAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sastera

yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni bacaan yang unik. Oleh itu, membaca al-

Quran diberikan prioriti yang pertama dan utama dalam Islam. Kita dituntut oleh syariat Islam

supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik bukan

dengan cara berlagu sebagaimana lagu-lagu qasidah. Ini kerana ia boleh merosak dan mungkin

akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran dan dianggap suatu bida’ah pula.

Menurut Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya, Kaff al-Ri’a’ al Muharramat al-Sama’, kesengajaan

membaca al-Quran secara berlagu dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk

memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq.

Bahkan menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan

berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmak

para ulama’. Pemerintah wajib mengancam dan meminta mereka bertaubat, malah setiap orang

yang mukallaf hendaklah mengingkarinya seupaya yang mungkin.

3.2- NYANYIAN DAN SENI MUZIK

Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di

samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih,

pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat

hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak

merosakkan jiwa dan moral manusia.

Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan kea rah

pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak

mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni

yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi.

3.3- PANDANGAN ULAMA’ DAN FATWA BERHUBUNG SENI MUZIK

a) Pandangan Imam al-Ghazali

- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang

melarang penggunaan alat-alat muzik

- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak

dilarang

- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam

keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan

dan perbuatan dosa yang lain

- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan

haram

- Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :

• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi

tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah

• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang

mempertahankan aqidah dan negara

• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian

yang pantang mengalah di saat-saat genting

• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan

kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup

yang sebenar.

• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk

menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya

selama yang mungkin

• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta

dan membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang

lebih erat di masa yang akan dating

• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat tuhan, memuji

serta mentahmidkan kebesarannya

b) Pandangan Imam Shafi’i

- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di

dalam kitabnya, Adab al-Qada’

- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia

adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak

- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus

dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat

tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba

- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar

mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan

penyaksiannya ditolak

- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah

perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al-

Quran

c) Pandangan Imam Malik

- Melarang mendengar nyanyian

- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita

dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah

dibeli wanita tersebut

d) Pandangan Ibn Taimiyyah

- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat

pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk

mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan

pendengaran orang-orang biasa

- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para

hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati

dan menyucikan jiwa

e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi

- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat

harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan

beberapa syarat iaitu :

• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah

bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian

yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam

melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.

• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala tajuk

lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian

penyanyinya itu yang boleh menyebabkan hukumnya haram,

syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian yang

memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tematema

cinta berahi.

• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram

seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur

diantara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had.

• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah

tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh

perasaan dan kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur

yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan mengabaikan hak

akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama.

• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu

syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka

untuk mengerjakan ibadah maka menjadi kewajipan ke atas

pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu fitnah tersebut

demi memelihara dirinya dan agama.

f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut

- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya dengan

merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat

pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak

diketahui. Semuanya memberi kesan untuk menenangkan fikiran

apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam memulihkan semula

tenaga.

- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang

begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku

keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang

menggunakan muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntut

kepada kesederhanaan.

- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik

apabila mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan

perang, haji, perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’

Hanafi, muzik yang dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi perempuan yang mengghairahkan,

unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.

- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang

sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.

3.1- TARI MENARI

Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali kini sebagai budaya rock. Bahkan semua

perbuatan yang membawa kepada keghairahan syahwat seperti nyanyian-nyanyian lucah dan

drama-drama liar meskipun ianya dianggap sebagai seni dan dikatakan kemajuan. Ini kerana,

nilai dan kemajuan dalam Islam berbeza dengan Barat yang tidak mengambil kira agama sebagai

panduan atau kayu pengukurnya.

Islam mengharamkan sebarang interaksi bebas insan yang berlainan jantina tanpa perkahwinan

yang sah. Demikian juga sebarang perbuatan atau kegiatan yang membawa kepada yang

diharamkan seperti perbuatan zina di mana Islam tidak saja melarang dengan sebutan “jangan

berzina” tetapi semua yang membangkitkan syahwat dan keghairahan nafsu.

BAB 4 : SENI RUPA

Secara umumnya para ulama’ membahagikan seni rupa kepada 2 iaitu:

a) Seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan hasilnya dinamakan patung

b) Seni rupa yang tidak mempunyai imej mahupun bentuk dan hasilnya dinamakan gambar

atau lukisan

4.1- SENI UKIR

• Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi baik dalam susunan komposisi cara

pengisian bidang yang dihias ataupun dalam cara mensejajarkan motif-motif

ukirannya

• Pembahagian bidang diatur berdasarkan geometri, motif-motif tabi’i seperti daun,

akar, bunga dan sebagainya

• Dalam seni ukir Islam wujud paduan yang harmoni antara rasa dan akal

• Ia juga dikenali sebagai seni pahat yang merangkumi apa-apa sahaja yang diukir

atau yang dipahat

4.2- PATUNG

• Islam mengharamkan patung di dalam rumah yang dijadikan perhiasan dan

sebagainya kerana malaikat rahmat akan menjauhi rumah tersebut • Jika si pembuat patung tersebut mengetahui bahawa patung itu akan disembah

maka dia adalah seorang kafir

• Jika si pembuat patung itu tidak sengaja dan tidak mengetahui bahawa patung

itu akan disembah, maka dia berdosa sahaja dengan perbuatannya itu

• Terdapat hadith yang menyatakan bahawa si pembuat patung akan dipaksa

memberi nyawa kepada patungnya. Dia akan diseksa selama mana ia tidak

dapat memberikan nyawanya kepada patung tersebut.

4.3- PATUNG CACAT

• Segolongan ulama’ berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan patung

yang tidak sempurna atau yang cacat kerana ia tidak dapat disembah kerana

tidak lengkap anggotanya

• Bahkan membuat patung cacat, hukumnya mubah

• Tetapi, patung separuh badan yang dibina bagi mengagungkan pemimpinpemimpin

tertentu, pengharamannya lebih tegas daripada patung kecil yang

lengkap anggotanya yang hanya sekadar menjadi hiasan rumah

4.4- PATUNG PERMAINAN KANAK-KANAK

• Tidak terdapat larangan khusus mengenainya dalam Islam kerana ia sekadar

lukisan atau ukiran untuk hiburan kanak-kanak bukan bermaksud untuk

disembah

• Menurut Imam al-Syawkani, anak-anak kecil boleh bermain dengan boneka

(patung)

• Tetapi Imam Malik melarang lelaki membelikan boneka kepada anak

perempuannya

• Qadi ‘Iyad pula membolehkan anak-anak kecil perempuan bermain-main dengan

boneka kerana rukhsah

4.5- LUKISAN

• Jika lukisan seni berbentuk sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti

gambar Nabi Isa A.S atau al-Masih bagi orang-orang Kristian atau lembu bagi

orang-orang Hindu dan sebagainya, maka pelukisnya tidak lepas daripada azab

Allah

• Orang yang melukis sesuatu yang tidak dapat disembah tetapi dengan niat untuk

menandingi ciptaan Allah, pelukis itu bukan saja terkena ancaman sebagai orang

yang “paling berat seksaannya pada hari kiamat” malah dia juga terkeluar dari

agama Islam

4.6- FILEM (WAYANG GAMBAR)

• Filem Islam ialah filem yang menemukan kefahaman-kefahaman Islam dengan

Allah, alam semesta, kehidupan dan manusia sebagai pertemuan yang

menyeluruh dan sebahagiannya yang hanya terhad kepada sifat-sifat

keIslamannya

• Mengenai panggung wayang, Prof. Dr. Yusu al-Qaradawa menjelaskan

- Kadarnya harus munasabah dengan masyarakat yang menggalakkan

keprihatinan bukan masyarakat yang lalai dan leka

- Panggung wayang janganlah menjadi tempat mengobarkan syahwat,

merosak komitmen terhadap nilai-nilai unggul, menghakis akhlak belia

atau meracuni akal mereka dengan idea-idea asing yang bertentangan

dengan aqidah dan pegangan ummah

- Waktu-waktu tayangan hendaklah tidak bercanggah dengan waktu

sembahyang

- Panggung wayang tidak boleh menjadi tempat atau sarang untuk

muda mudi memadu kasih secara haram serta berleluasa menginjak

batasan syarak

- Janganlah panggung menjadi institusi yang membolot harta rakyat

kerana dimonopoli oleh sesetengah pihak dan mereka menjual tikettiket

dengan harga yang mahal tanpa ada pengawasan daripada pihak

bertanggungjawab

4.7- SENI KHAT

• Khat merupakan seni yang mengandungi keindahan estetika

• Merupakan kesenian yang paling asas di dalam Islam kerana ia merupakan

wadah kepada pengaliran ilmu

• Kaligrafi atau seni khat berasal daripada perkataan latin iaitu ‘kalios’ yang bererti

indah manakala ‘graph’ bermaksud garisan atau tulisan

• Ahli dalam seni khat dipanggil Khattat

• Seni khat bermula serentak dengan turunnya wahyu Ilahi kepada Rasulullah

kerana pada zaman jahiliah, orang-orang Arab berpegang kepada tradisi lisan

untuk menyimpan maklumat dan komunikasi mereka

• Ahli-ahli kaligrafi sangat dimuliakan : mereka diberi hadiah dan kedudukan yang

istimewa oleh para raja dan orang-orang besar di seluruh dunia Islam

• Karya-karya mereka memaparkan kewibawaan luarbiasa para seniman silam

malah menjadi sumbangan yang hidup kepada tamadun Islam yang melahirkan

mereka

4.8- SENI BINA

• Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam

• Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan bersifat unik : mengandungi

seni khat, bentuk arabesque, corak geometrid an motif seni reka

• Wujud pengaruh yang kuat daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan syair-syair

bahasa Arab

• Selepas kewafatan Rasulullah, seni bina terus berkembang terutama di zaman

Khulafa’ al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid yang dihias dengan

tulisan khat

• Di zaman Bani ‘Umayyah, istana-istana khalifah turut diukir dengan seni ukir

yang unik. Buktinya, istana ‘Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di

Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang

bercirikan Islam

• Di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam

amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang terdapat pada Istana

Alhambra dan Masjid Cordova

• Di zaman kerajaan Islam ‘Abbasiyyah, seni bina Islam mencapai zaman

keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina

Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam

• Kerajaan Dawlah ‘Uthmaniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan

kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid

Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye.

• Seni bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin

Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha

BAB 5 : SENI PAKAIAN

Pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam

agar manusia kelihatan sopan dan cantik : berbeza dengan haiwan yang tidak berakal.

Dalam Islam, seni pakaian dari sudut estatikanya diserahkan kepada kebijaksanaan umat Islam

sendiri menggubahnya untuk disesuaikan dengan adat, tradisi dan keadaan setempat. Islam

amat menitikberatkan soal kebersihan kerana melihatnya sebagai asas bagi setiap perhiasan

yang baik dan pemandangan yang elok dalam pakaian.

Pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing, sutera, kulit binatang yang halal, pakaian dari

benang guni dan sebagainya adalah dihalalkan. Begitu juga dengan seni memperagakan

pakaian. Ia dihalalkan selagi tidak melanggar batas-batas hukum Islam.

Pakaian berfungsi sebagai usaha menutup aurat dan untuk menghias diri. Oleh itu, sesuatu

pakaian yang tidak dapat menutupi aurat meskipun dapat dijadikan perhiasan diri seperti kain

yang jarang adalah dianggap tidak menurut hukum Islam.

Pakaian yang dapat memelihara diri dari panas dan kesejukan serta dapat mempertahankan diri

dalam peperangan juga dihalalkan dalam Islam. Selain itu, terdapat hadith yang menganjurkan

agar kita berpakaian menutup aurat pada setiap masa. Lebih-lebih lagi sewaktu solat dan

mengerjakan haji agar dapat dibezakan atau dibanteras amalan orang-orang Arab jahiliah masa

lampau. Ini kerana, semasa ingin beribadat mereka membuka seluruh pakaian mereka.

Apa sahaja perhiasan yang didapati dari perut laut seperti mutiara, batu-batu berharga dan lainlain

boleh dijadikan pakaian dan perhiasan manusia terutamanya kaum wanita. Dalam hal warna

pakaian pula, tidaklah terlalu dititikberatkan oleh Islam. Namun begitu, adalah lebih baik jika

berwarna putih.

Pakaian yang diperbuat dari sutera dan perhiasan emas dihalalkan bagi kaum wanita

memakainya tetapi diharamkan bagi kaum lelaki. Haram bagi kaum lelaki untuk memakai atau

mengguna apa saja yang diperbuat daripada emas seperti gelang, rantai, bekas rokok, gigi emas

dan sebagainya. Tetapi tidak diharamkan mereka memakai atau mengguna apa sahaja yang

diperbuat daripada perak, logam, besi dan sebagainya.

BAB 6 : SENI SASTERA

Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud ‘Bahasa Yang

Indah’. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah

bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu

adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah itu sendiri.

Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa

dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup.

Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya. Ahli karya

sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada

pembaca hasil kesedaran instuitif.

Pada umumnya, segala karangan atau karya tulisan yang menggunakan bahasa yang indah

dapat dibahagikan kepada 2:

a) Prosa Nathr – karangan bebas yang tidak terikat dengan sebarang peraturan

b) Puisi Syi’r- karangan atau gubahan perkataan yang terikat dengan peraturan tertentu

seperti sajak, pantun, tamthil, ibarat dan sebagainya

Terdapat pengecualian bagi penyair yang rongganya penuh dengan syair-syair memuji Allah atau

RasulNya, demikian juga syair-syair yang memuatkan zikrullah dan ajaran-ajaran agama, maka

ianya tidaklah dilarang dan tidak dicela sebegitu keras.

Para sasterawan tidak dilarang sama sekali malah digalakkan agar mereka menghasilkan karya

yang mengandungi nasihat agama, semangat perjuangan untuk menegakkan kebenaran,

keadilan dan menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Karya-karya mereka pada zaman

dahulu penuh dengan ilmu pengetahuan, menganjurkan kerjasama, persahabatan dan

perpaduan ummah serta mengandungi puji-pujian terhadap Allah, selawat ke atas nabi, pujian ke

atas para sahabat pilihan, para malaikat, kitab-kitab suci dan lain-lain.

Syair dan usaha syair tidak dilarang jika ianya digarap untuk tujuan meningkatkan semangat jihad,

memperbaharui tekad, menghibur juga menghilangkan penat lelah berkerja, menyeru

melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, menyebut syurga neraka, menyelar perbuatan zina,

minum arak atau mengambil dadah, menimbulkan keraguan terhadap berhala dan

penyembahannya.

Bahkan Rasulullah sendiri mengucapkan syair sewaktu menggali parit dalam peristiwa perang

Ahzab. Menggarap syair yang baik dan mendengarnya adalah digalakkan dalam Islam. Dalam

Islam, menggunakan keupayaan kreatif samada melalui prosa atau puisi amat digalakkan

terutama untuk menentang musuh dan membela Islam, bahkan ia dianggap suatu jihad.

Termasuk dalam kategori ini juga ialah syair-syair yang memuatkan pujian kepada Nabi

Muhammad S.A.W seperti berzanji, contohnya seperti gubahan al-Bushayri yang diberi nama al-

Burdah :

Dia kekasih Pembawa syafa’at diharapkan

Dapat menghapuskan segala bahaya mendatang

Dia menyeru ke jalan Allah, barangsiapa yang mengikutnya

Bererti ia berpegang kepada tali yang teguh

Baginda mengatasi para anbiya’

Dalam kejadian dan akhlaknya

Ilmu dan kemurahan Baginda tiada bandingannya

Semangkuk laut setitik hujan

Para Rasul memerlukannya

Jika syair-syair yang memuji para Nabi dan Rasul digalakkan dalam Islam, apatah lagi syair-syair

yang memuji Allah S.W.T seperti yang digarap oleh penyair-penyair agung dunia di kalangan

pujangga-pujangga sufi dan sebagainya. Contohnya, munajat Ibn al-Farid, seorang penyair sufi

Mesir yang masyhur :

Kala malam

Ku lihat api di desa

Ku gembirakan keluargaku

Tunggulah? Agarku dapat hidayat

Semoga….

Ku hampiri api

Itulah api al-Mukallam

Sebelumku.

Hingga pabila waktuhampir sedikit-sedikit menghimpun sekujur tubuhku

Runtuhlah gunungku

Dari kebesaran al-Mutajalli

Muncul rahsia sembunyi

Bisa diketahui

Siapa seperti diri ini

Akulah faqir kesibukan

Simpatilah keadaan

Kelemahan ini!

BAB 7 : RUMUSAN

Kesenian Islam bertunjangkan tauhid, iaitu keEsaan Tuhan yang bertolak dari pengajaran al-

Quran dan as-Sunnah. Bacaan al-Quran yang liturgis telah menciptakan suatu cabang muzik

baru. Pemeliharaan naskahnya telah melahirkan tulisan atau khat Arab yang indah.

Pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadah kaum Muslimin pula telah

mengembangkan seni bina dan seni hias. Di dalam menjaga keseimbangan antara keperluan

jasad dan jiwa, Islam telah menganjurkan sikap sederhana dalam semua perkara dan membawa kepada bakat-bakat alami di dalam jurusan-jurusan yang benar dan telah

mencuba untuk mengembangkan suatu keseluruhan yang harmonis dalam diri manusia.

Dalam sabda-sabda Nabi, terdapat teks-teks yang menegaskan keprihatinan Islam terhadap

pelbagai aspek seni. Misalnya, sabda Baginda “Allah itu indah dan sukakan keindahan” dan

“ Keindahan itu disuruh di dalam segala sesuatu, biarpun engkau membunuh seseorang,

maka bunuhlah dia dengan suatu cara yang baik”.

Di dalam kehidupan Nabi, kita dapati peristiwa berikut yang bersifat instruktif, di mana

Baginda pada suatu hari telah melihat sebahagian dari pusara yang tidak diratakan

sepenuhnya. Baginda telah memerintahkan kekurangan itu ditimbun sampai rata, sambil

menambah bahawa ia tidak akan menjejaskan orang yang mati tetapi ia lebih menyenangkan

mata orang yang hidup.

Sementara itu, mimbar di dalam masjid yang digunakan oleh Rasulullah telah dihiasi dengan

2 bola seperti buah delima dan 2 orang cucu Baginda amat suka bermain-main dengannya.

Ini dapat dikatakan sebagai permulaan seni ukir dalam Islam. Kemudian naskah-naskah al-

Quran telah dihiasi dengan pelbagai corak warna. Apabila al-Quran diberi perhatian supaya

lebih cantik dan dapat disimpan lebih lama maka lahirlah pula seni hias dan seni menjilid

buku.

Kaligrafi atau tulisan khat sebagai suatu kesenian adalah suatu keistimewaan orang Islam. Ia

merupakan kesenian yang mendapat kehormatan yang tertinggi, khasnya tulisan Arab untuk

menulis segala firman Allah dan sabda Rasulnya. Dengan kepelbagaian jenisnya, khat Arab

telah dipergunakan dengan begitu meluas di dalam dunia Islam.

Berhubung dengan muzik dan nyanyian di bawah naungan Raja-raja atau Khalifah-khalifah

Islam pula, maka ia telah sampai ke kemuncak perkembangannya yang gemilang. Sarjanasarjana

Islam yang terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain telah meninggalakan

bukan sahaja karya-karya monumental tetapi juga telah membuat penambahan dan

peningkatan yang berharga terhadap muzik-muzik Greek dan India. Mereka telah mencipta

kod-kod muzik di samping dapat menentukan jenis-jenis alat muzik yang berbeza.

Ringkasnya, dalam lapangan kesenian orang Muslimin telah memberi sumbangan yang

berharga sekali. Mereka mengikis sifat-sifatnya yang merugikan, mengembangkan aspekaspek

estetiknya dan menemukan sesuatu yang baru yang berfaedah untuk dunia.